VIPBANDARQ – PUSAT MEMBELI BELAH – Biasanya orang pergi ke pusat membeli belah untuk shopping, makan atau nak rasa sejuk bila cuaca terlalu panas di luar. Tapi tak ada orang yang nak pergi sana untuk rasa takut atau terjumpa hantu kan?
Pun begitu, ada beberapa pusat membeli belah di serata dunia yang berhantu dan telah mengganggu pekerja atau pengunjung di sana. Kalau korang nak tahu mall apa yang berhantu, jom baca artikel dekat bawah ni!
1. CherryVale Mall – Rockford, IL, AS

Hantu-hantu di pusat membeli belah yang terletak di Rockford, Illinois, Amerika Serikat ini katanya sangat nakal. Ramai pekerja yang mengatakan mereka sering muncul ketika menutup kedai. Apabila mereka buka kedai keesokan harinya pula, banyak produk-produk yang berpindah ke tempat lain.
Dikatakan juga, pengunjung di sana turut dinasihatkan oleh orang-orang tempatan untuk tak pergi ke tandas berseorangan. Ini kerana, ada beberapa orang melaporkan yang ketika mereka menggunakan tandas, ada ‘benda’ telah menahan pintu sampai dorang tak boleh nak keluar.
2. Star Mall Alabang – Filipina

Alabang merupakan tempat perniagaan di bandar Muntinlupa, Filipina. Pada tahun 1990-an, bandar tersebut telah membina bangunan-bangunan besar untuk memajukan lagi perniagaan dan perdagangan di sana. Sebahagian dari transformasi ini termasuklah membuat bangunan di atas tapak perkuburan iaitu Star Mall Alabang yang dianggap sebagai tempat paling berhantu di Metro Manila.
Menurut orang-orang di sana, roh-roh tapak perkuburan itu marah apabila tempat mereka menjadi tempat hiburan yang berisik. Ada cerita popular di mana satu pasangan telah bergelak sakan dengan penonton yang lain semasa menonton sebuah filem di pawagam. Tapi selepas filem tersebut habis, pasangan ini bangun untuk meninggalkan tempat tersebut dan mula menyedari yang mereka merupakan satu-satunya penonton di dalam panggung wayang tersebut.
3. Yogya Department Store – Jakarta, Indonesia

Pekerja pembersihan di Yogya Department Store yang terletak di Jakarta ini katanya sering membersihkan tapak kaki kanak-kanak yang berwarna hitam. Ada juga pekerja di sana yang mengadu mereka sering mendengar bunyi-bunyi seperti meja dan kaca pecah.
Tapi sejarah pusat membeli-belah ini sebenarnya lebih seram. Pada 1998, ketika krisis kewangan Asia berlaku, ia telah menyebabkan rusuhan yang dahsyat di Indonesia dan membunuh lebih dari seribu orang. Ada di antara mereka ini katanya telah terperangkap di dalam bangunan ini sebelum terbakar dan membakar orang-orang di dalamnya hidup-hidup.
Pada tahun 2000, bangunan ini telah berguna semula. Namun, ramai yang percaya orang yang mati dalam kejadian itu kini sedang menghantui mall ini untuk mendapatkan keadilan.
4. Plaza Singapura

Bertempat di Orchard Road, Plaza Singapura merupakan antara pusat membeli belah yang sangat terkenal juga antara yang tertua di negara itu. Ramai yang mempercayai tempat ini berhantu lebih-lebih lagi tandas yang terletak di tingkat 7 bangunan tersebut.
Menurut beberapa forum dalam talian, ramai orang telah melihat seorang kanak-kanak perempuan di dalam tandas dan kadang-kadang di dalam panggung wayang. Mereka percaya kanak-kanak tersebut merupakan hantu bayi yang telah gugur kerana klinik pengguguran bayi pernah terbuka di tingkat 7 bangunan tersebut sebelum ia berubah pada tahun 1997 hingga 1999.
5. Tiring Building – Cairo, Mesir

Tiring Building merupakan salah satu pusat membeli belah terawal di Mesir, sehingga sekarang bangunan yang terletak di Ataba Square. Pusat pembeli belah ini masih berdiri megah namun kurang sibuk berbanding dahulu selepas kawasan ini dijadikan hab sejarah dan budaya.
Ataba Square kini menjadi tempat pasaran terbesar di Cairo dan seperti Tiring Building. Banyak tempat-tempat di sana digunakan untuk menyimpan barang-barang jualan peniaga. Tapi, ada satu tempat yang peniaga-peniaga di sana memang tak berani nak jejak iaitu di loteng bangunan.
Menurut khabar angin, loteng Tiring Building ini sudah tidak ada orang selama berdekad-dekad dan pintunya juga telah terkunci dengan rantai dan mangga. Ini kerana, ramai orang di sana percaya kalau loteng tersebut terbuka, banyak hantu-hantu dari masa lalu akan terlepas keluar.
SUMBER : AGENPKVONLINE